Kanser payudara merupakan kanser utama yang sering dihidapi kaum wanita di Malaysia, diikuti dengan kanser pangkal rahim. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 dalam 19 wanita berisiko menghidapi kanser payudara.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kanser payudara, terutamanya;
Faktor risiko tidak boleh dikawal
- Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki
- Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser
- Sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payudara
Faktor risiko boleh dikawal
- Wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alkohol
- Wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara
- Wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara
Apakah tanda-tanda awal kanser payudara?
- Ketulan atau bengkakkan
- Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata
- Ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat
- Bengkak pada sebahagian payudara
- Puting masuk ke dalam atau sakit
- Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
- Kulit berkedut seperti kulit limau
- Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu
- Ketulan pada bahagian ketiak
Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda ini, segera ke hospital atau klinik berdekatan dan berjumpa dengan doktor untuk memastikan keadaan kesihatan anda sebelum terlambat. Pencegahan lebih baik daripada mengubati.



