Dr Mia Family Clinic

Dr Mia Family Clinic menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita dewasa serta kanak-kanak, termasuk warga emas.

Ditubuhkan oleh 3 orang wanita bumiputera dengan latar belakang berbeza iaitu perubatan, kewangan dan perusahaan, Dr Mia Family Clinic merupakan klinik terbaik untuk keluarga anda.

Menggunakan konsep Boutique Clinic, Dr Mia Family Clinic bernaung di bawah syarikat Asaz Trez Sdn Bhd yang juga merupakan pembekal barangan perubatan, selain menyediakan khidmat konsultasi perubatan kepada syarikat serta individu.

Dengan fasiliti dan peralatan yang serba lengkap dan moden, kami turut menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan kehendak pelanggan yang mementingkan kesihatan diri dan orang tersayang.

ECZ8I3SW4AAiy_S

Berminat untuk membuat temujanji? Ada sebarang pertanyaan?

Hubungi kami untuk dapatkan info lebih lanjut. Kami sentiasa bersedia menjawab pertanyaan anda

Are you ready for a consultation?

Your treatment will be performed by licensed therapist. Schedule your appointment now!

Kenapa Pilih Dr Mia Family Clinic

Kami menyediakan mesin ultrabunyi dengan teknologi canggih dan terkini untuk memberi pengalaman yang mengujakan buat ibu-ibu hamil. Pemeriksaan jantung (ekokardiografi) juga boleh dibuat di Dr Mia Family Clinic.

Kemudahan seperti surau, bilik khas untuk ibu menyusu, bilik rawatan yang luas dan selesa serta ruang tandas yang besar turut disediakan untuk memudahkan pergerakan ibu hamil dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Selain itu, kami turut menyediakan Kids Corner yang interaktif dan selamat untuk memastikan kanak-kanak yang melawat ke Dr Mia Family Clinic sentiasa aktif sambil bermain.